Rabu, 3 Januari 2018

MANDATORI: Sebuah Sinema Mainstream Malaysia Yang Mempunyai Kelainan Tersendiri

MANDATORI:
Sebuah Sinema Mainstream Malaysia
Yang Mempunyai Kelainan Tersendiri


oleh

Haf Dzi Sofi


Watak Tuan Haji Zakaria dibawa dengan bersahaja namun lakonannya tetap mendatangkan kesan di dalam Super Tele #mandatori karya Alfie Parlemo, yang sedang hangat di tayangkan di Astro 1st sekarang ini. 


Watak Haji Zakaria yang dimainkan dengan berkesan dan bersahaja
oleh Wan Azli Wan Jusoh, Pengarah filem "Budak Kelantan".
Jangan pandang enteng terhadap shot 3MCU ini kerana dalam satu frame itu terkandung di dalamnya dua insan berbakat yang merupakan

bekas graduan Akademi Seni Kebangsaan (kini dikenali sebagai ASWARA dan tidak lama lagi akan berubah lagi namanya kepada Universiti P Ramlee).

Wan Azli Wan Jusoh merupakan graduan super-senior dari batch ke-3 Akademi Seni Kebangsaan, manakala Haf Dzi Sofi merupakan graduan dari batch ke-9. Namun begitu mereka dididik dibawah adiguru yang sama, antaanya Allahyarham Anuar Nor Arai (Johny Bikin Filem, Universiti Malaya) Allahyarham Abdullah Zainol (Mantan Producer/Direktor/Ketua Jabatan di Unit Drama TV RTM), Adman Md Salleh (Paloh, Bintang Malam, Amok), dan juga Ahmad Yatim (Abang, Anak Sarawak). 

Kredibiliti dan Karisma pengarahan dan storytelling Wan Azli Wan Jusoh yang avant-garde hasil dari berguru dengan guru-guru yang hebat ini didedikasikan dan di abadikan dalam karya beliau "Budak Kelantan" menggegarkan arena perfileman Malaysia suatu ketika dahulu. 

Haf Dzi Sofi sebagai orang kanan kepada Haji Zakaria.
Manakala Haf Dzi Sofi pula telah menyalahgunakan ilmu dan kepakaran beliu dalam penerbitan filem-filem pendek bergenre pornografi berformat .3gp yang giat diulang tayang di grup-grup whatsapp dan wechat grup "janda duda mari skandal". 

Namun, karya sebegitu masih tidak dapat memuaskan hatinya. Haf Dzi Sofi lebih senang berkarya sebagai seorang pelakon tambahan tanpa dialog dengan bayaran RM65 demi survival seni di kotaraya kuala lumpur. Pernah sekali beliau menjalankan ritual pelik iaitu dengan menanam lembaran "Diploma ASWARA" di bawah pohon beringin dengan harapan untuk memperoleh lebih banyak job sebagai pelakon tambahan tanpa dialog di dalam industri filem dan drama tempatan. Ritual itu telah memakan diri apabila beliau telah direkrut oleh puak illuminati untuk membuat usahasama dalam pengabdian diri kepada lucifer. 

Semoga Allah memelihara mereka berdua dan menarik mereka kembali untuk menjadi mujahidin yang berjuang di jalan Allah bagi menghadapi peperangan yang maha besar di akhir zaman nanti.

Khamis, 7 Disember 2017

Usul Sosial Dan Budaya Dalam Penubuhan Universiti Pidato Agong Nusantara (UPAGENG) melalui penglibatan human capital Akademi Motivator Profesional Malaysia dan rasionalnya.

Usul Sosial Dan Budaya Dalam Penubuhan 
Universiti Pidato Agong Nusantara (UPAGENG) 
melalui penglibatan human capital 
Akademi Motivator Profesional Malaysia 
dan rasionalnya.

Oleh

MOHD HAFDZI BIN ABDUL RASHID
Kumplan: GGAMPro, No. Matriks: 12310

Yang saya muliakan YM Guru Prof. Dato’ Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof dan rakan-rakan Akademi Motivator Profesional Malaysia yang saya kagumi dan hormati sekalian. Assalamualaikumwarohmatullahiwalbarokatuh.

 “Kalau tidak kerna bulan, Tidak bintang terbit tinggi; 
                             dan kalau tidak kerana saudara saudari sekalian, Tidak saya hadir disini”.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Tujuan saya di sini adalah semata-mata untuk menjawab soalan kerja kursus ringkas yang telah diamanahkan oleh YM Guru kita semasa kuliah KPP pada hari Rabu yang lalu yakni pada tanggal 6 Disember 2017 berkaitan dengan soalan, “Apakah Peranan Akademi Motivator Profesional Malaysia dalam mengusulkan modal insan bangsa yang mampu membina sebuah ketamadunan berasaskan seni komunikasi dan pemasaran.”  dan “Peranan Akademi Motivator Profesional Malaysia dalam membangunkan tamadun keilmuan dan perekonomian bercirikan ala ke-Malaysia-an dan rasionalnya ia dilakukan sekarang dibandingkan peradaban luar yang telah bertambah dewasa ini.” Untuk makluman adalah terlalu berat soalan ini jika diukur dengan kemampuan dan ilmu yang ada pada saya namun begitu saya akan cuba untuk menjawab soalan yang di bawah topik dan bidang yang saya fahami sahaja. Bagi memenuhi hasrat itu, saya akan akan melangkau soalan satu(1) dan dua (2) kerana kita sebagai warga Akademi Motivator Profesional Malaysia sudah pasti faham akan peranan dan tanggungjawab kita sebagai human kapital yang berkemampuan untuk membangunkan tamadun bangsa Melayu Nusantara kita berasaskan seni ekonomi dan pemasaran beracuankan Modul Pidato-Motivasi-Usahawan yang berpaksikan Saikosan yang telah diterapkan di kuliah KPP kita sepanjang tahun. Saya akan terus menjawab soalan ke-dua (2) yang mengkhususkan kepada Usul 3: Sosial Dan Budaya.
     
Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Sosial dan Budaya merupakan tunjang kepada identiti bangsa dan kekuatan sesebuah tamaddun itu sendiri. Tanpa sosial dan budaya kekukuhan identiti bangsa itu akan kucar-kacir berselerak tanpa pegangan dan wawasan. Selama ini, semenjak perkembangan awal sejarah perkembangan ketamadunan tanah melayu semenjak dari era Zaman Kesultanan Malayu Melaka, Sosial dan budaya masyarakat di Malaysia amnya telah berasimilasi melalui interaksi sosial dan budaya pelbagai kaum yang telah menduduki tanah melayu sejak seawal penubuhannya dan perkembangannya. Sosial dan budaya  merupakan cara hidup yang diamalkan yang merangkumi aspek cara hidup, amalan, kepercayaan, muzik, tarian , agama, makanan, pakaian, pertuturan, bahasa, sistem penulisan, perkembangan teknologi, ekonomi dan sebagainya yang merangkumi di dalam kehidupan seharian kita. Dewasa ini seiring dengan pembangunan teknologi dan keterbukaan dalam perkongsian maklumat secara atas talian yang global, asimilasi budaya ini didorong dan disokong oleh kemudahan teknologi yang mampu memaparkan sosio-kebudayaan yang trending dari luar baik dari serantau mahupun dari barat. Hasil dari keterbukaan ini telah menjerumus kepada kewujudan sub-budaya (sub-Culture) yang menular di kalangan remaja dan belia negara kita. Perkembangan dan pertembungan sosial dan budaya ini terbahagi kepada dua antara satu garis pemisah samaada ianya baik atau buruk bagi perkembangan tamadun bangsa kita khususnya bangsa Melayu nusantara. Ancamannya bukan dari aspek ini sahaja, malah wujud ancaman baru dimana sosial dan budaya luar yang dibawa oleh pendatang asing yang bertapak di negara kita secara fizikal samada kemasukkan mereka sebagai buruh untuk bekerja mahupun mangsa-manga pelarian negara bergolak yang ditempatkan oleh badan antarabangsa. Ancaman ini dapat ditangkis jika kita sebagai bangsa Melayu Nusantara bersatu hati mendokong visi dan misi serta ideologi yang diperjuangkan oleh YM Guru kita, Prof. Dato’ Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Oleh sebab itu, saya terpanggil untuk membangkitkan usul sosial dan budaya di dalam Akademi Motivator Profesional Malaysia melalui aspirasi dan matlamat murni  YM Guru kita di dalam penubuhuan sebuah Universiti yang lain dari yang lain dengan acuan kita sendiri demi pembangunan tamadun Melayu nusantara ini melalui Universiti Pidato Agong Nusantara (UPAGENG). 

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Apabila wujudnya UPAGENG nanti, makan ianya bukanlah sebuah calang-calang Universiti. Ia merupakan sebuah Research University di mana ianya merupakan pusat berkumpulnya segala cendiakawan dan cerdik pandai dari alam melayu nusantara yang mahir dan pakar dalam bidang masing-masing.  UPAGENG akan memiliki fakulti Sosial Dan Budayanya sendiri di mana di situ berlakunya pembangunan dan pemuliharaan kebudayaan Melayu nusantara akan dipraktikkan, didokumentasikan dan dikajiselidik untuk di-reconstuctionismkan bagi rujukan generasi kini dan generasi akan datang.

Melalui pusat Sosial dan Kebudayaan di bawah fakulti Sosial dan Budaya UPAGENG aktiviti sosial dan budaya Melayu nusantara itu akan dihidupkan melalui:- 

(1) Pemuliharaan bahasa dan sistem penulisan bangsa Melayu nusantara.
(2) Amalan dan adat resam bangsa Melayu nusantara.
(3) Busana dan etika pemakaian bangsa Melayu nusantara.
(4) Aktiviti sukan dan permainan bangsa Melayu nusantara.
(5) Pemulihan fizikal dan mental melalui kaedah perubatan dan amalan kesihatan Melayu nusantara.
(6) Senibina dan seni pertukangan Melayu nusantara.
(7) Aktiviti pertanian dan perladangan Melayu nusantara.
(8) Maritim.
(9) Kesenian Melayu Nusantara. 
(10) Menyelasaskan semua yang di atas berpaksikan Sunnah, Al-Quran Dan Hadith berpaksikan Saikosan.

10 USUL SOSIAL DAN BUDAYA UNIVERSITI PIDATO AGENG NUSANTARA

(1) Pemuliharaan bahasa dan sistem penulisan bangsa melayu nusantara.

Seperti yang telah kita sedia maklum penguasaan bahasa Melayu pada tahap optimum oleh dikalangan Melayu sendiri amat mendukacitakan. Ini terbukti dengan keputusan peperiksaan yang merosot oleh kalangan pelajar yang rata-rata bumiputra melayu sendiri dalam matapelajaran bahasa melayu SPM dan PT3. Melalui fakulti Sosial dan budaya UPAGENG, Bahasa Melayu akan digunakan secara total dan sistem tulisan melayu dipulihara menerusi pembudayaan sistem tulisan Jawi dan Rumi di dalam persuratan Melayu. Hal ini bukan suatu perkara baru kerana negara jepun telah membuktikan yang mereka boleh menjadi maju dengan dengan sistem tulisan dan bahasa mereka sendiri tanpa perlu bergantung kepada bahasa asing seperti inggeris khususnya. Mereka mengadaptasi sistem tulisan cina dalam sistem tulisan mereka kepada kanji, dan katagana serta hiragana. Hal ini amat penting kerana ada pepatah melayu yang menyatakan bahasa menunjukkan bangsa itu. Sebuah bangsa yang mempunyai tamadun yang kuat haruslah disokong oleh sistem tulisan dan bahasa yang utuh. Amat ironi sekali apabila kita melihat bangsa melayu kita yang apabila muncul di kaca telivisyen atau di corong radio menggunakan bahasa melayu yang amat buruk dan disulami bahasa inggeris yang salah nahunya walaupun mereka itu terdiri dari tohoh yang cerdik pandai. Hal ini amat memalukan dan mencerminkan tahap intelektualiti dan jatidiri sesebuah bangsa itu dan ia wajib dibanteras kerana Agungnya dan Melayunya kita terletak pada bahasa kita yang asli ,indah dan halus. Penggunaan bahasa Melayu dan sistem penulisan melayu secara 100% akan dikuatkuasakan melalui bahan rujukan, folkslore alam melayu nusantara, buku-buku, bahan cetak, majalah, risalah, papan iklan, kandungan atas talian serta bahasa pengantar di dalam kuliah secara formal mahupun interaksi secara tidak formal dikalangan warga UPAGENG.

(2) Amalan dan adat resam bangsa Melayu nusantara.

Alam melayu amat kaya dengan adat resam namun begitu apabila zaman berganti zaman dan tahun berganti tahun ada adat yang telah luput dan tidak diamalkan lagi. Adalah tanggungjawab besar kepada kita selaku warga Akademi Motivator Profesional Malaysia untuk memelihara dan memulihara kebudayaan ini. Adat resam dan amalan nenek moyang kita yang tidak bercanggah dengan hukum alquran dan al-sunnah wajib dipelihara dan diamalkan secara menyeluruh di dalam UPAGENG nanti. Sebagai contoh, dalam amalan dan adat resam melayu di dalam adat istiadat walimatul urus dan risik dilakukan dengan penuh adat dan santun melalui untaian kata-kata pantun yang indah indah. Namun begitu hal ini pada zaman sekarang hanya berlaku kepada sesetengah daerah sahaja dan tidak diamalkan secara menyeluruh. Dan cara persandingan mempelai yang berorientasikan budaya barat pula telah menular di kalangan melayu kita, baik dari segi tatacara susunan majlis, busana, dan jenis pelamin yang digunakan ianya telah melenyapkan identiti bangsa melayu kita sendiri yang kaya dan indah. Hal ini tidak berlaku dalam istiadat persandingan sahaja, ia perlu dikaji secara menyeluruh terhadap adat istiadat lain yang masih diamalkan secara minimal di dalam alam melayu kita dewasa ini.

(3) Busana dan etika pemakaian bangsa Melayu nusantara.

Melalui fakulti Sosial dan Budaya UPAGENG, kod pakaian rasmi yang mencerminkan kemelayuan nusantara haruslah dititikberatkan. Ini mendokong kepada artikel 160 Perlembangaan Malaysia bagaimana seseorang Melayu itu harus tampil baik segi dalaman dan luaran. Fakulti Sosial dan Budaya UPAGENG akan berpegang kepada prinsip ini mengamalkan kod pakaian dan etika pemakaian busana dalam alam  Melayu dalam setiap urusan rasmi. Busana dan etika pakaian ini boleh membangkitkan semangat dan jatidiri kita sebagai bangsa melayu yang kaya melalui sumber budaya dan identiti yang tersendiri. Perkara ini dewasa ini telah menjadi trend semula di kalangan remaja dan belia apabila wujud NGO dan Aktivis dari pusat kebudayaan Universiti tempatan yang menghidupkan kembali amalan pemakaian busana melayu dan mendalami etika pemakaian sesebuah busasa berlandaskan taraf status sosial dan budaya masyarakat melayu itu sendiri. Perkara ini harus disokong oleh UPAGENG dan diamalkan di dalam setiap fakulti yang akan wujud di dalam UPAGENG nanti.

(4) Aktiviti sukan dan permainan tradisi bangsa Melayu nusantara.

Bagi mengekalkan mental yang sihat secara holistik berpaksikan konsep menjaro yang diterapkan Akademi Motivator Profesional Malaysia, ia perlulah disokong oleh aktiviti riadah bagi menjamin kecerdasan fizikal dan dan mental para warga UPAGENG. Bagi menghidupkan identiti bangsa melayu nusantara, aktiviti sukan dan permainan tradisional di alam Melayu akan diwujudkan sebagai aktiviti riadah bagi warga Akademi Motivator Profesional Malaysia. Gelanggang-gelanggang rakyat bagi sukan dan permainan tradisional seperti gasing, wau, guli, sepak raga, congkak dan sebagainya akan di tubuhkankan di bawah pusat sukan dan rekreasi fakulti dan gelanggang bagi aktiviti silat, memanah dan sukan berkuda juga akan diwujudkan bagi memenuhi hasrat itu. Sukan dan permainan tradisional merupakan satu amalan yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita turun temurun sebagai satu aktiviti yang boleh membina ukhwah dan membina kesihatan mental, rohani dan jasmani kita sebagai bangsa Melayu nusantara. Menuntut kepada perkembangan teknologi, satu unit R&D khas dalam pembagunan Applikasi Android dan Permainan Video Interaktif juga akan diwujudkan bagi memperkenalkan sukan dan permainan Melayu tradisional ke mata dunia. Perkara ini perlu ditekankan supaya bangsa Melayu kita tidak tertinggal dari segi perkembangan teknologi applikasi atas talian dan pembangunan permainan video e-Sports yang kian berkembang di Malaysia dewasa ini.

(5) Pemulihan fizikal dan mental melalui kaedah perubatan dan amalan kesihatan Melayu nusantara.

Alam perubatan melayu amat luas diamalkan oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu kala dengan mengamalkan method tradisi yang menggunakan doa’-doa’ syifa dan mantera jampi berlandaskan islam menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan selawat ke atas Nabi serta kepercayaan kita kepada malaikat pelindung yang disokong oleh penggunaan tumbuhan herba dan amalan pemakanan sunah yang diamalkan oleh nenek moyang melayu. Hal ini dapat mengelakkan dan mengurangkan kebergantungan kita terhadap method perubatan cara moden yang kebiasaannya bergantung kepada ubat-ubatan sintetik yang terdiri daripada dadah jenis buatan yang boleh membahayakan lagi organ dalaman dan tubuh badan kita. Melalui kaedah dan method tradisi ini ianya akan mengurangkan kos import dan kebergantungan kita terhadap perubatan jenis moden yang mahal lagi memudaratkan. Melalui amalan ini, saya yakin bangsa melayu akan lebih kuat dari segi mental, rohani dan jasmaninya tanpa perlu bergantung pada ubat-ubatan buatan dari negara luar khususnya jenis dadah buatan dan panacilin yang diexport oleh negara dunia pertama untuk digunakan secara meluas oleh pihak negara ke tiga. Secara tidak langsung ekonomi negara melalui method perubatan kaedah tradisi boleh dieksport ke luar disebalik mengimport ubatan dari luar. Bumi kita kaya dengan sumber yang masih belum diteroka dan sumber yang perlu dipulihara. 

(6) Senibina dan senipertukangan Melayu nusantara.

Bangsa melayu kaya dengan dengan senibinanya dan seni pertukangannya. Adalah tanggungjawab UPAGENG bagi memulihara dan memelihara seni petukangan Melayu dan senibina melayu nusantara kita. Di dalam UPAGENG akan diwujudkan perkampungan yang akan memuatkan segala pandai-kayu dan pandai besi yang akan berkhidmat sebagai tenaga pengajar dan sumber rujukan kepada luar dan dalam negara berkaitan senibina dan pertukangan alam Melayu. Ini melibatkan kemahiran tukang-tukang kayu dan pandai besi kita yang mahir dalam pembinaan kapal layar dan jong serta perahu kaedah tradisional, rumah melayu lama, senjata melayu lama, alat hiasan melayu dan aksesori pakaian, seni tekat dan tenun dan seni tanah liat yang berkait rapat dalam seni bina dan kraftangan bangsa melayu nusantara itu sendiri. Masih terdapat beberapa lagi golongan tukang kayu dan tukang besi yang mahir di dalam negara kita yang berada di sekitar pantai timur (Terengganu dan Kelantan) yang kita perlu angkat dan dibela supaya kemahiran mereka dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

(7) Aktiviti pertanian dan perladangan Melayu nusantara.

Berbalik kepada asas dan sirah nabi junjungan kita, amalan perternakan merupakan satu sunnah bagi menjana ekonomi dan membekalkan makanan yang sihat dan tanpa diragu halalnya. Melalui UPAGENG akan diwujudkan program khas dimana UPAGENG akan menghasilkan makanan melalui hasil perternakan sendiri dan tanaman sendiri. Makanan dan ternakan ini diwujudkan sebagai satu produk untuk pemasaran dari hasil pertanian dan perladangan yang organik dan bebas racun perosak bagi kegunaan warga UPAGENG sendiri dan diekport ke luar untuk menjana ekonomi UPAGENG dan warga Akademi Motivator Profesional Malaysia. Melalui Unit Perladangan dan Pertanian UPAGENG di bawah Fakulti Sosial Dan Budaya, R&D dalam bidang perternakan dan pertanian dihasilkan merangkumi makanan ruji penduduk melayu yang berteraskan beras, daging, ikan dan sayur-sayuran serta dusun-dusun buah-buahan dusun yang akan wujud di seluruh tanah UPAGENG.

(8) Maritim.
Selaras dengan perkembangan tamadun bangsa Melayu nusantara kita, aktiviti laut amat sinonim dengan bangsa melayu kita. Laksamana Hang Tuah yang terkenal dalam sejarah melayu kita sendiri merupakan seorang Panglima Angkatan Laut yang hebat yang mahir dalam ilmu pelayaran dan peperangan laut. Selain tokoh Laksamana Hang Tuah, kita juga ada tokoh-tokoh lain seperti Panglima Awang yang telah berjaya mengelilingi dunia melalui pelayarannya bersama tentera eropah. Oleh yang demikian adalah wajar jika diwujudkan satu pusat maritim khas yang mengkaji dan menghidupkan semula aktiviti maritim di kalangan bangsa melayu kita supaya kita berbalik kepada akar kita sebagai satu bangsa maritim yang sejati.

(9) Kesenian Melayu Nusantara. 

Kesenian kontempori seperti seni muzik, seni teater dan filem dari barat telah menular di dalam masyarakat melayu kita selaras dengan perkembangan teknologi dan penjajahan ideologi bentuk moden melalui agenda yahudi Food Fun and Fashion. Hal ini menyebabkan kesenian tradisional melayu nusantara menjadi semakin terpencil dan kurang diminati. Melalui penubuhan UPAGENG, adalah tugas dan tanggungjawab kita sebagai warga Akademi Motivator Profesional Malaysia dan UPAGENG bagi menghidupkan kesenian tradisi nenek moyang kita yang terdiri dari tarian, muzik dan seni lakon serta seni persembahan melayu lama. Dewasa ini generasi muda kurang mengenali Makyung, Wayang Kulit, Randai, Jikey, Dikir Barat, Mek Mulong, Menora, Hadrah dan sebagainya. Generasi melayu moden juga kurang meminati irama ghazal,  gamelan, joget, inang, nobat istana dan alat-lat muzik tradisional melayu seumpamanya. Generasi baru juga tidak kenal akan seni Wayang Kulit yang digunakan oleh keturunan wali-wali songo di dalam menyebarkan syiar islamian di nusantara pada zaman perkembangan islam di tanah malayu pada suatu ketika dahulu. Di bawah Fakulti Sosial Budaya UPAGENG melalui unit keseniannya, UPAGENG akan menghidupkan semula  kesenian yang sudah kurang diminati ini sebagai khazanah yang perlu dihidupkan semula dan dipelihara untuk generasi yang akan datang. Perkara ini akan dijadikan satu program wajib di dalam apa-apa program rasmi di dalam UPAGENG secara menyeluruh. Ia juga akan dijadikan sebagai satu produk cultural-art tourism bagi menarik pengkaji luar untuk ke negara kita. Sekaligus ia bertindak sebagai serampang dua mata dalam menjana ekonomi dan masa yang sama menghidupkan kebudayaan yang telah kian luput.

(10) Menyelaraskan semua yang di atas berpaksikan Sunnah, Al-Quran Dan Hadith berpaksikan Psikologi Pembagunan Insan.

Perlaksanaan kesemua sembilan (9) usul di atas tidak akan lengkap jika ia tidak berpaksikan Al-Quran dan Hadith dengan menerapkan Saikosan yang dipaksikan  Akademi Motivator Profesional Malaysia. Penyelarasan ini wajib dilaksanakan supaya wujudnya garis panduan khas yang tidak membelakangkan agama dalam segala aktiviti yang akan wujud melalui usul ini. Ia juga sebagai menghormati norma-norma melayu di dalam perlembaagaan melayu di mana melayu itu mestilah beragama Islam dan mengamalkan adat budaya  melayu dan betutur dalam bahasa Melayu. 

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,
Demikian tadi, Usul Sepuluh (10): bagi perkara 3: Usul Sosial dan Budaya  dari saya dalam usul penubuhan UPAGENG yang perlu kita bincangkan dan lanjutkan bagi kesejahteraan dan menetapkan visi dan misi kita di dalam pembentukan Tamadun Melayu Yang Lebih Agung Di Nusantara ini nanti. Usul Sosial Dan Budaya ini akan disokong dan menyokong Usul Ekonomi dan  Usul Pendidikan yang saya tidak bincangkan di sini. Ini kerana Ekonomi dan Pendidikan akan bertindakbalas kepada Usul Sosial Ekonomi ini melalui perlaksanaan yang menyeluruh. Semoga melalui usul sepuluh ini kita dapat memartabatkan minda intelek, melestarikan minda usahawan dan memperkasakan ukhwah nusantara. Akhir kata dari saya:

“ Pak Ali pergi memancing ikan, Tapi terlupa membawa umpan;
                                               Yang baik dijadikan tauladan; dan buruk dijadikan sempadan. ”

Jumpa anda di puncak jaya, jaya dunia, jaya akhirat. Assalamualaikumwarahmatullahiwalbarokatuh.

Apakah dan bagaimanakah peranan “Konsep Tenaga ALE” bagi menyerlahkan kejayaan dan keterbilangan seseorang insan?

Apakah dan bagaimanakah peranan “Konsep Tenaga ALE”
 bagi menyerlahkan kejayaan dan keterbilangan seseorang insan?


Oleh

MOHD HAFDZI BIN ABDUL RASHID
Kumpulan:GGAMPro, No.Matriks:12310

Yang saya muliakan Yang Mulia Guru, Prof Dato’ Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof, serta sahabat-sahabat di Akademi Profesional Malaysia sekalian. Assalamualaikum warohmatullahi walbarokatuh.

Kalau tidak kerna bulan, Tidak bintang terbit tinggi; 
                Kalau tidak kerna saudari-saudari sekalian, Tidak saya hadir untuk menulis disini.

Saudara-saudari yang saya muliakan sekalian,

Bulan dan bintang merupakan dua makhluk ciptaan Allah SWT yang berinteraksi diantara satu sama lain di alam semesta ini. Interaksi antara bulan dan bintang ini boleh dianggap satu daya tenaga yang berpaksikan “Awakening Latern Energy” kerana mereka memainkan peranan masing-masing di kosmos. 

Awakening Latern Energy merupakan satu bentuk tenaga yang dijana secara dalaman melalui ingatan sedar kita mahupun ingatan separa sedar kita yang bisa menghasilkan tenaga-tenaga seperti kinetik, haba, eletrik, atom dan potensi. Jelas sekali ia merupakan tenaga yang terdapat di dalam setiap makhluk yang dilahirkan oleh zat-zat Allah SWT. Secara tidak sedar kita manusia sebagai makhluk Allah sama juga seperti bulan dan bintang secara lahiriahnya mampu untuk menjana 5 jenis tenaga yang kita sebutkan tadi melalui kehendak kita. 

Namun begitu, ianya terletak kepada kewarasan dan kematangan akal fikiran kita mencakupi aspek mental, rohani dan jasmani untuk memanfaatkan “Awakening Latern Energy” yang kita hasilkan.

Saudara-saudari yang saya muliakan sekalian,
Sebagai seorang insan yang merupakan khalifah di muka bumi ini adalah amat besar tanggungjawab kita untuk memanfaatkan “Awakening Latern Energy” kita ke arah yang lebih positif. Seperti mana sekarang ini, “Awakening Latern Enegy” saya telah menggerakkan saraf saya yang telah merembeskan endorfin ke otak untuk berfikir serta merta menggerakkan jari jemari saya untuk menulis akan kerja kursus ini.

Ini jelas, secara semulajadinya tenaga kinetik telah terhasil dan tenaga potensi juga terjana dari hasil buah fikiran saya yang diterjemahkan ke atas kertas digital ini bagi membicangkan topik ini secara lebih ilmiah.

Namun begitu, “Awakening Latern Energy” yang saya janakan ini tidak mungkin lahir sekiranya ia tidak bertindakbalas secara tehadap tenaga yang dihasilkan oleh pihak lain. Ini menjurus kepada hukum reaksi-rantaian dimana sesuatu perkara itu akan bertindak balas dengan sesuatu perkara itu melalui peristiwa tertentu. Di dalam hal ini, “Awakening Latern Energy” yang terhasil dari saya adalah cetusan dari idea, gelombang, getaran, tenaga atom, kinetik, haba, eletrik, dan potensi yang dijana oleh Yang  Mulia Guru kita sendiri iaitu Prof. Dato’ Dr. Syed Ahmad Syed Samsudin Al-Saggof. 

Melalui contoh dan kepimpinan melalui tauladan, YM Guru kita mengambil pendekatan seperti mana junjungan besar Nabi kita Mohammad SAW di mana secara kita tidak sedar YM Guru telah mempraktikan kempimpinan melalui tauladan dengan menonjolkan penyerlahan kejayaan beliau, kata – kata hikmah beliau melalui affirmation dan visualisation oleh beliau sebagai seorang insan yang terbilang.

Saudara-saudari yang saya muliakan sekalian,
Melalui pendekatan ini, YM Guru kita telah menyemarakkan “Awakening Latern Energy” kita melalui tenaga-tenaga positif baik dari segi mental rohani dan jasmani yang beliau hasilkan. Ia dipraktikan secara sedar dan tidak sedar melalui  tauladan serta ucapan pidato dan kata-kata doa’ yang positif yang  menyerlahkan keterbilangan beliau dan menanam nilai yang sama di dalam setiap insan di Akademi Motivator Profesional Malaysia ini. “Awakening Latern Energy” yang berpaksikan psikologi pembangunan insan melalui keseimbangan mental rohani jasmani yang dipupuk melalui modul-modul di Akademi Motivator Profesional ini pada zahirnya telah berjaya menghasilkan insan yang terserlah kejayaan keterbilangannya.

Saudara-saudari yang saya muliakan sekalian,

Keberhasilan dari “Awakening Latern Energy” akan menghasilkan 5 P, Pensyarah, Perunding, Pemikir, Peniaga, dan Pemimpin yang memiliki minda kelas pertama. Membentuk model insan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi yang mampu bertindak sebagai agen perubah minda bangsa seperti yang dicetuskan oleh YM Guru kita, Dato’ Dr. Syed Ahmad Syed Samsudin Al-Saggof.

Akhir kata dari saya, 
Pak Ali pergi memancing ikan, tapi telupa membawa umpan; yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Jumpa anda di puncak jaya, jaya dunia, jaya akhirat. Assalamualaikum warohmatullahi walbarokatuh.

Selasa, 22 Februari 2011