Rabu, 3 Januari 2018

MANDATORI: Sebuah Sinema Mainstream Malaysia Yang Mempunyai Kelainan Tersendiri

MANDATORI:
Sebuah Sinema Mainstream Malaysia
Yang Mempunyai Kelainan Tersendiri


oleh

Haf Dzi Sofi


Watak Tuan Haji Zakaria dibawa dengan bersahaja namun lakonannya tetap mendatangkan kesan di dalam Super Tele #mandatori karya Alfie Parlemo, yang sedang hangat di tayangkan di Astro 1st sekarang ini. 


Watak Haji Zakaria yang dimainkan dengan berkesan dan bersahaja
oleh Wan Azli Wan Jusoh, Pengarah filem "Budak Kelantan".
Jangan pandang enteng terhadap shot 3MCU ini kerana dalam satu frame itu terkandung di dalamnya dua insan berbakat yang merupakan

bekas graduan Akademi Seni Kebangsaan (kini dikenali sebagai ASWARA dan tidak lama lagi akan berubah lagi namanya kepada Universiti P Ramlee).

Wan Azli Wan Jusoh merupakan graduan super-senior dari batch ke-3 Akademi Seni Kebangsaan, manakala Haf Dzi Sofi merupakan graduan dari batch ke-9. Namun begitu mereka dididik dibawah adiguru yang sama, antaanya Allahyarham Anuar Nor Arai (Johny Bikin Filem, Universiti Malaya) Allahyarham Abdullah Zainol (Mantan Producer/Direktor/Ketua Jabatan di Unit Drama TV RTM), Adman Md Salleh (Paloh, Bintang Malam, Amok), dan juga Ahmad Yatim (Abang, Anak Sarawak). 

Kredibiliti dan Karisma pengarahan dan storytelling Wan Azli Wan Jusoh yang avant-garde hasil dari berguru dengan guru-guru yang hebat ini didedikasikan dan di abadikan dalam karya beliau "Budak Kelantan" menggegarkan arena perfileman Malaysia suatu ketika dahulu. 

Haf Dzi Sofi sebagai orang kanan kepada Haji Zakaria.
Manakala Haf Dzi Sofi pula telah menyalahgunakan ilmu dan kepakaran beliu dalam penerbitan filem-filem pendek bergenre pornografi berformat .3gp yang giat diulang tayang di grup-grup whatsapp dan wechat grup "janda duda mari skandal". 

Namun, karya sebegitu masih tidak dapat memuaskan hatinya. Haf Dzi Sofi lebih senang berkarya sebagai seorang pelakon tambahan tanpa dialog dengan bayaran RM65 demi survival seni di kotaraya kuala lumpur. Pernah sekali beliau menjalankan ritual pelik iaitu dengan menanam lembaran "Diploma ASWARA" di bawah pohon beringin dengan harapan untuk memperoleh lebih banyak job sebagai pelakon tambahan tanpa dialog di dalam industri filem dan drama tempatan. Ritual itu telah memakan diri apabila beliau telah direkrut oleh puak illuminati untuk membuat usahasama dalam pengabdian diri kepada lucifer. 

Semoga Allah memelihara mereka berdua dan menarik mereka kembali untuk menjadi mujahidin yang berjuang di jalan Allah bagi menghadapi peperangan yang maha besar di akhir zaman nanti.